Bagai Gahara - Ziana Zain

Hadir tidak bermimpi Jernih riaknya laksana permata
Duhai angan benarlah Bersih kalbunya ku lihat gahara

Andai satu suratan Bagai telapak berganti teratak
Kerdil diri menyaksi Restu ditemu kudakap mengharum

Dulu mengharum di jiwa Suara memanggil menggoda
Belum terasa aku sedia Sebenarnya hati mendambanya

(chorus)
Hadirmu bak suria Kamar gelap nan bercahaya
Hadirmu bak kasturi Harum wangi ke hujung hari

Gahara bagai gahara Permata indah di jiwa
Gahara bagai gahara Tercipta ada mistiknya

Kasih nian abadi Titis di mata umpama cerita
Tidakkan ku merela Mesti sekuntum menduga dimata

Alam berkembang menguji Seteru terkenang pedoman
Tebar fikiran membaca kasam Indah bukan pembuka jalan

view 3,237 times, source by Ritz

comments