Dibiar Resah - Ziana Zain

Sesekali rindu menerjah Hatiku ini kian gelisah
Sesekali tersebut nama Namun tiada kau menjelma
Tidakkah kau tahu gelora hatiku
Rindu yang beralur menghempas hati

Kau letakkan ku di istana cinta
Hanya sekali sekala menyapa
Apakah ertinya kerinduan

Aku rela lemas di lautan yang membara
Seandainya kau masih sudi bersama
Aku sesat di dalam hutan belantara cinta
Dan kumasih lagi tercari-cari penghujungnya
Oh Oh Oh
Usahlah dibiar resah ini berpanjangan

(ulang chorus)
Resapkanlah dirimu ke dalam diriku
Sehingga kau tahu keresahanku
Aku bukan dermaga rindu untuk berlabuh
Bila kerinduan datang mencengkam
Kau bertandang

Segenggam budimu yang merantai hatiku
Kemanapun pergi setia menanti

view 3,027 times, source by Ritz

comments